Tuesday, September 3, 2013

TIPS BIJAK MENGURUS WAKTU


1.       Buatlah perencanaan

Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan menetapkan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

Wednesday, August 14, 2013

Pemakanan Untuk Kesihatan dan Kepintaran Akal

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau
seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

Bersyukur Atas Nikmat Pancaindera


Penglihatan (MATA)
Cahaya lilin yg dilihat dari jarak 30 batu pada malam yg gelap
Pendengaran (TELINGA)
Detikan jam tangan dari jarak 20 kaki di dalam satu tempat sunyi
Deria rasa (LIDAH)
Satu sudu teh gula di dalam 2 gelen air
Bau (HIDUNG)
1 titik minyak wangi yang menyerap ke dalam sebuah rumah tiga bilik
Sentuhan (KULIT)
Kepak seekor lebah yg jatuh di pipi dari jarak 1 cm

Sunday, November 25, 2012

Nasihat - Menasihati

NASIHAT menasihati dan berpesan ke arah kebaikan sudah menjadi budaya hidup manusia. Namun, dalam Islam, nasihat memang tidak dapat dipisahkan daripada ajarannya kerana Islam adalah al-Din yang bercirikan nasihat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

Monday, May 7, 2012

Tip Belajar Secara Berkumpulan

 1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.