1. Buatlah perencanaan
Anda
memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan
menglokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba di meja tulis anda.
Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada
dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita
lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang
diperlukan untuk menyelesaikannya.
2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal
pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu
yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih
penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah
penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin
mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda
memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan
cara yang paling baik.
4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi
kertas yang berselerak. Mereka mengra bahawa dengan cara itu persoalan yang
penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan
berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan
prestasi seperti orang yang tertimbus batu.
5. Jangan menjadi perfectionist
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil
yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama ,
dapat dicapai, memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua,
selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.
6. Jangan
takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah
dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan
tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap
setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.
7. Jangan
menunda-nunda
Penundaan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang
sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini
asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah
segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak
oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting.
Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singat. Apa
yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda
sekarang juga.
8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan
cenderung tumbuh semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan
radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan,
alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah
kegiatan ini, seklai untuk selama-lamanya.
9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi
untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Sebagai peringatan, mewakilkan kepada
pekerja bawahan pekerjaan yang tidak disukai oleh anda dan semua orang lain
bukanlah mendelegasikannya, tetapi memberi perintah. Belajarlah mendelegasikan
tugas yag penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya
untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan
waktu anda.
10. Jangan kecanduan kerja
Hampir semua eksekutif berjaya mempunyai jam kerja yang panjang, tetapi mereka
tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang penting dalam hidup mereka,
seperti bergaul dengan teman-teman dan berbual kosong. Ini membezakan mereka
daripada orang yang kecanduan kerja yang sama tarafnya seperti orang yang
kecanduan alkohol. Gejala kecanduan kerja mencakup penolakan untuk mengambil
cuti, tidak dapat menyingkirkan pejabat daripada fikiran pada hujung minggu
serta isteri dan anak-anak yang asing baginya.