Monday, May 7, 2012

Tip Belajar Secara Berkumpulan

 1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

Friday, May 4, 2012

Ingat Kisah Ini Bila Anda Marah

Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung. 
        Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini ayah?"
      Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."
      Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin berkurangan. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.