Monday, May 7, 2012

Tip Belajar Secara Berkumpulan

 1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan pensyarah.
Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang
demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita
semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan
apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.
Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,
justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang
dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab.  Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal
dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.

 7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli.  Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.
Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.

K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.