Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar
terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau
seseorang tidak
memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya
menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab
dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi
pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba
dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan
gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal,
spiritual, mental dan emosi.Pun
begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan
terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih
makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan
terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang
ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfungsi dengan sempurna.
Ia terdiri dari tujuh kumpulan
makanan iaitu protein,
karbohidrat, vitamin,
lemak, mineral,
air
dan serat.
Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.
MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN
AKAL
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti,
sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN
Ia
mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh,
membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah
susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan
lain-lain.
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR
Merupakan
bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran,
membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan.
Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit,
gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air.
Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas
sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu,
sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan
deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf
serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur,
sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B
Membantu
pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya
ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras
dan kacang.
Vitamin C
Penguat
sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit,
meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses
pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT
Melicinkan
sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan
menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan
perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya
ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat
beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan
-bahan tersebut ialah Choline,
Lesithin, Vitamin
E, Asid Glutamik,
Kalium Fosfat, Magnesium
Fosfat dan Silika.
Choline ialah
sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios
daging, ikan dan telur. Lesithin
didapati dari telur merah, kacang soya
dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E
terdapat dalam
hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan
bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala
Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan
Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.